Di manakah tuan hamba si jantung hati hamba..??hehehe...ada ke??mcm good2 je hamba ni...hahaha hamba melawak saja...sekali sekala wat lawak apa salahnye....=p
Hmm..bila bercakap soal hati dan perasaan ni, tipu lah kalau hamba cakap hamba x ada perasaan untuk mempunyai teman, teman selain kawan baik, iaitu hero idaman hati, buah hati, boyfriend, soulmate..atau mcm2 lagi lah org panggil...Emm..memang ada perasaan camtu..hamba x pernah minta, tapi kadang2 mai rasa gatai tu..hahaha...
Mungkin dah lumrah manusia..sesuai dgn usia yang meningkat dewasa. Namun, hamba x nak lah menganggap soal ini sesuatu yang serius...Jodoh di tangan Tuhan..kan?
Sebagai seorang remaja (remaja lg ke??) yang masih lagi single..hamba sebenarnya akan ke arah alam rumah tangga suatu hari nanti, sama ada cepat atau lambat, semua ketentuan Allah SWT...Terkadang terfikir juga akan masa depan itu; "siapa la jodoh aku?","sempat ke aku kahwin, atau umur x panjang?"...hmm..lebih kurang camtu la kadang2 hamba berangan sorang2..hehehe...(kuat berangan rupenya)..
Kalau diikutkan pengalaman hamba..ada la juga hamba cuba2 untuk ber'couple'..emm..yela..tengok kawan2 lain mcm bahagia je couple..hati masing2 nampak berbunga-bunga..hmm mcm2 jenis bungalah boleh nampak..
Namun...x lah seindah yang disangka..cinta2 monyet tu biasa la kot...Ada yang hadir mendamba cinta, hamba pula x ada perasaan untuk dibalas..Hamba tangkap cintan kat manusia tu..manusia tu pula x pandang hamba...hmm..mungkin itu yang dikatakan konflik perasaan yg boleh jadi 'complicated' tu...
Hmm..biasa lah, darah muda..memang suka cuba sesuatu yang baru...sebab tu lah lalai jadinya...Bukannya tidak sedar akan dosa ber'couple' ni..tapi still nak jgk...Masya-Allah...kalau tersilap langkah, boleh terjerumus ke kancah maksiat yang Allah laknati!
Sentiasa berdoa, diberi kekuatan iman...Semoga Allah tunjuk jalan yang benar...
Pengalaman banyak mengajar...Hamba mengenal ramai hati..kononnya nak mencari hero hati hamba..boleh dikatakan ramai juga la..(menganggap sbg kawan)..hmm..hamba2...namun apa hasilnya??
Hamba selalu bertanya sama hati hamba.."kenapa perlu mencari??"..x perlu cari...dan kalau yang datang pun, jangan terima dengan mudah...fikirkan diri kita dulu..masa depan kita dan pengorbanan ibu bapa selama ni...
Andai dah sampai serunya..buat apa lengahkan masa lg?Bercinta sebelum kahwin tidak perlu, dirikanlah terus rumah tangga dan bercintalah!Kenapa nak pilih larangan Allah, kalau ada barakah Allah yang boleh dipilih?
So, siapakah hero hati kita??Jawapanya...jodoh yang Allah berkati.
|
Gambar hiasan |
*Hamba suka nak share satu seloka ini...sebagai pengajaran untuk semua dan untuk hamba sendiri..
Seloka : Cinta Di Mata Remaja
Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C - cinta
I - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...
-
Artikel iluvislam.com